Sunday, 25 September 2016

Bab 5 - Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota


DEFINISI NOTA

¨  NOTA  IALAH BENDA YANG DICATAT OLEH  SESEORANG PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .NOTA MENJADI BAHAN RUJUKAN , APABILA KITA TERLUPA SESUATA  MUKLUMAT ATAU FAKTA .MENCATAT NOTA ADALAH SUATU SENI.


SEBAB PERLU MENGAMBIL NOTA

  1. Semasa membuat nota ,pemikiran anda meningkat dan sel-sel neuron  berhubung  antara satu sama yang lain ini dapat  meningkatkan daya pemikiran seseorang itu.
  2. Dapat membuat pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau sesuatu yang dibaca.
  3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

PERKARA PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA YANG EFEKTIF

  1. Mengetahui idea utama .
  2. Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis .
  3. Menggunakan  cara yang sesuai seperti Outline note atau column note.
  4. Menggunakan  cara menulis nota bentuk grafik .
  5. Menggunakan perkataan sendiri.
  6. Mencatat sumber maklumat  diperoleh.

ASPEK PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA 

  1. Membuat persediaan sendiri.
  2. Mendengar
  3. Fokus
  4. Meminta penerangan jika terdapat  kekeliruan.

TIPS MENGAMBIL NOTA……..

  1. Belajar kaedah mengambil nota yang berkesan daripada pensyarah atau kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkebolehan  di kampus.
  2. Guna kata kunci untuk menjimatkan masa .
  3. Guna ayat anda sendiri agar mudah difahami.

SEBAB MEMBUAT NOTA

  1. Semasa membuat nota anda berfikir secara kritis , analitik dan kreatif untuk memilih fakta yang berkaitan .
  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca .
      3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

Cara-cara Membuat Nota

Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu:
       Annotation
       Outline notes
       Column notes
       Nota rumusan

ANNOTATION
       Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting dan kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah.
       Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus kepada tajuk yang dibincangkan.
       Catatan ini disediakan dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi yang penting.

Contoh:



OUTLINE NOTES
       Disediakan dalam bentuk mata(points) dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.
       Cara membuat nota ini akan menyenaraikan point utama dan subpoint
       Point utama ialah fokus kajian atau isu keperihatinan
       Subpoint ialah isu keperihatinan atau fokus kajian ,tinjauan masalah dan analisis masalah.

Contoh:


COLUMN NOTES
       Nota ini dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
       Kolum di sebelah kiri terdiri daripada idea utama,tajuk atau subtajuk.
       Kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

Contoh:


NOTA RUMUSAN

       Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari tetapi bukan membuat ringkasan.
contoh:

Thank you for reading ^^,

No comments:

Post a Comment

Copyright © Semua yang tercatat di atas ialah Hak Milik Nur Aisyah Kamaruddin