KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan
sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar.
Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana,
masa dan tempat yang tertentu.
1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran
bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
- Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran
sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan
dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
- Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan
kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi
guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
- Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1
yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu
untuk kusus major dan bukan major di IPG.
- Bimbingan pensyarah semasa pelaksanaan kerja
kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir
secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
- Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan
kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja
kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
- Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran
mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat
khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
- Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan
memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan pelbagai
bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan.
- Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat
dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.
- Maklumat yang banyak memerlukan pelajar
mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat
yang diperlukan.
- Pelajar juga harus memulakan penulisan
mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
- Pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis
secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik
dan senang difahami.
- Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan
pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan
pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada
buku teks.
- Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
- Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga
amat penting di IPG.
- Pelajar IPG perlu meningkatkan dan
mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan
dalam pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.
1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (self regulated learning)
- Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud
pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran
(Pintrich, 1995).
- Pembelajaran regulasi kendiri berpusatkan
pelajar di mana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat
penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
- Pembelajaran regulasi kendiri mampu
meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.
No comments:
Post a Comment