Sunday, 25 September 2016

Bab 8 - Sistem Pengurusan Pembelajaran


Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sistem pembelajaran?

Definisi

- Istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem- sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para guru, pentadbir dan sistem

Tujuan

  1.  Memudahkan penyampaian kursus atas talian.
  2. Memberi kemudahan kepada pelajar dalam membuat rujukan ketika membuat sesuatu tugasan.
  3. Pelajar mudah mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan.
  4. Pelajar mudah berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan dalam menyelesaikan tugasan melalui chat real-time,emel dan sebagainya.

Ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran

·         Penambahbaikkan

-          Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri

·         Mudah

-          Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran

·         Peka

-          Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran

·         Kreatif

-          Bersikap positif dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri ketika diberi kerja.

UNSUR PENTING DALAM SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

CAPAIAN INTERNET

-          pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online

Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

1.       Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur.

2.       Dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem.

3.       Menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat .

DIMANA SISTEM INI DIGUNAKAN DAN SIAPAKAH YANG MENGGUNAKANNYA ?

  1. Institusi Pengajian Tinggi dan Peringkat Sekolah oleh pelajar dan pensyarah.

2.       Para guru, para pensyarah dan juga kakitangan semua warga pendidik

Sistem pengurusan pembelajaran di IPG Kampus Bahasa Melayu



Sistem Pengurusan Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa


Sistem Pengurusan Pembelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia



Kepentingan LMS

        Mewujudkan Pembelajaran Berpusat.

       Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

       Membantu pelajar mencari apa-apa maklumat pembelajaran yang diperlukan.

       Membantu dan memudahkan proses pembelajaran.

       Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online.

Rujukan

  1. Portal rasmi KPM (2015). Sistem pengurusan pembelajaran-SPP (LMS). Dicapai pada 21 September), 2016 daripada http://spp.moe.edu.my/course/category.php?id=62&lang=ms
  2.  Abdul Rahim Selamat [1996]. Kemahiran Belajar Dalam KBSM Dan KBSR. Kuala Lumpur: Penerbitan Al-Azim
  3. Slide share (2016). Sistem pengurusan pembelajaran. Dipetik pada 21 September 2016 daripada http://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran?next_slideshow=1
Video sistem Pengurusan Pembelajaran

Thank you for reading ^^,

Alat- Alat Cort I dan IV (Kemahiran Kreatif)















Thank you for reading ^^,

ALAT-ALAT BERFIFIKIR UNTUK MEMBUAT NOTA


Pengunaan alat berfikir dapat membantu pelajar untuk:

  • Meningkatkan kemahiran berfikir
  • Menyampaikan idea dengan lebih tersusun,jelas,dan mudah difahami.

  • Lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam dalam satu corak yang sistematik dam menunjukkan perkaitan konsep.    

JENIS-JENIS :
1.       PENGURUSAN GRAFIK
2.       PETA MINDA
3.       PEMETAAN i-THINK
4.       TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
5.       ALAT-ALAT CORT

1) PENGURUSAN GRAFIK

-TUJUAN
          Menyusun idea dengan lebih mudah.
          Membezakan sesuatu perkara dengan tepat.
          Membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun.
          Lebih fokus.

- CONTOH
          Membanding dan membeza
          Membuat kategori.
          Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
          Menerangkan sebab dan akibat.

2) PETA MINDA

-TUJUAN
          Mengorganisasi dalam kata kunci
          Ingat dengan mudah

-CIRI-CIRI
          Kreatif dan tidak formal
          Tajuk di tengah
          Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod

-KELEMAHAN
          Hanya difahami oleh segelintir golongan
          Terlalu ringkas
          Kata kunci tidak sesuai

3) PEMETAAN i-THINK
             



4) TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

TUJUAN
·         Pembelajaran yang aktif – perbincangan
·         Memotivasikan pelajar
·         Menimbulkan minat
·         Kenal pasti kelemahan
·         Menggalakkan pemikiran
·         Fokus kepada sesuatu

  • KBAT
a)      Kaedah sokratik
b)      Soalan bertumpu dan mencapah
c)       Lingkaran soalan

Thank you for reading ^^,

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS


Peringkat Sintesis

·         Bentukkan

·         Rumuskan

·         Membuat keputusan

·         Membuat kesimpulan

·         Ciptakan

·         Integrasikan

PROSES SINTESIS

·         Menggabungkan idea

·         Menyatukan idea-idea

·         Menggubal semula

  • Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna menjadikan maklumat lebih bermakna.

Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan hal atau peristiwa yang telah berlaku.

  • Ellis dan Hopkin (1985), mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus.
  • Pelapor perlu mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan bagi tajuk yang diketengahkan.

CIRI- CIRI LAPORAN YANG TEPAT

1.       Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti

2.       Membuat rekod sesuatu peristiwa

3.       Menganalisis aktiviti

4.       Mensintesis sesutu pelan tindakan

5.       Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan

Pelajar perlu mengetahui pembaca atau penerima laporan

·         Mudah untuk menyesuaikan dengan keperluan

·         Mengetahui tahap pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikal

·         Mengetahui pandangannya tentang perkara yang akan dilaporkan

RUMUSAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAPORAN 

·         Kebolehan berfikir: Mengurangkan salah faham

·         Kebolehan mengolah : Menerangkan situasi yang benar

·         Keupayaan mempengaruhi : Meningkatkan kemahiran penyelia/pensyarah

·         Kebolehan berkomunikasi : Melicinkan proses komunikasi



Thank you for reading ^^,

Bab 6 - Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis




















Thank you for reading ^^,

Bab 5 - Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota


DEFINISI NOTA

¨  NOTA  IALAH BENDA YANG DICATAT OLEH  SESEORANG PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .NOTA MENJADI BAHAN RUJUKAN , APABILA KITA TERLUPA SESUATA  MUKLUMAT ATAU FAKTA .MENCATAT NOTA ADALAH SUATU SENI.


SEBAB PERLU MENGAMBIL NOTA

  1. Semasa membuat nota ,pemikiran anda meningkat dan sel-sel neuron  berhubung  antara satu sama yang lain ini dapat  meningkatkan daya pemikiran seseorang itu.
  2. Dapat membuat pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau sesuatu yang dibaca.
  3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

PERKARA PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA YANG EFEKTIF

  1. Mengetahui idea utama .
  2. Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis .
  3. Menggunakan  cara yang sesuai seperti Outline note atau column note.
  4. Menggunakan  cara menulis nota bentuk grafik .
  5. Menggunakan perkataan sendiri.
  6. Mencatat sumber maklumat  diperoleh.

ASPEK PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA 

  1. Membuat persediaan sendiri.
  2. Mendengar
  3. Fokus
  4. Meminta penerangan jika terdapat  kekeliruan.

TIPS MENGAMBIL NOTA……..

  1. Belajar kaedah mengambil nota yang berkesan daripada pensyarah atau kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkebolehan  di kampus.
  2. Guna kata kunci untuk menjimatkan masa .
  3. Guna ayat anda sendiri agar mudah difahami.

SEBAB MEMBUAT NOTA

  1. Semasa membuat nota anda berfikir secara kritis , analitik dan kreatif untuk memilih fakta yang berkaitan .
  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca .
      3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

Cara-cara Membuat Nota

Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu:
       Annotation
       Outline notes
       Column notes
       Nota rumusan

ANNOTATION
       Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting dan kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah.
       Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus kepada tajuk yang dibincangkan.
       Catatan ini disediakan dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi yang penting.

Contoh:



OUTLINE NOTES
       Disediakan dalam bentuk mata(points) dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.
       Cara membuat nota ini akan menyenaraikan point utama dan subpoint
       Point utama ialah fokus kajian atau isu keperihatinan
       Subpoint ialah isu keperihatinan atau fokus kajian ,tinjauan masalah dan analisis masalah.

Contoh:


COLUMN NOTES
       Nota ini dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
       Kolum di sebelah kiri terdiri daripada idea utama,tajuk atau subtajuk.
       Kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

Contoh:


NOTA RUMUSAN

       Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari tetapi bukan membuat ringkasan.
contoh:

Thank you for reading ^^,

Copyright © Semua yang tercatat di atas ialah Hak Milik Nur Aisyah Kamaruddin